Taklimat Dan Pendaftaran Portal eKelas

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat dan Pendaftaran Portal eKelas telah diadakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2019 yang lalu. Taklimat ini dikendalikan oleh Puan Jumiza, wakil dari eKelas Maxis bertempat di Pusat Internet Jerlun. Program dimulakan dengan Taklimat Penyalahgunaan Internet di kalangan pelajar sekolah, seterusnya wakil eKelas Maxis mengendalikan Taklimat berkaitan Pendidikan secara digital iaitu eKelas. Program diteruskan dengan pendaftaran portal eKelas oleh pelajar-pelajar yang hadir.

Peserta yang hadir dari kalangan pelajar, ibu bapa dan penduduk sekitar, masing-masing teruja dengan program yang ditawarkan di Pusat Internet. Diharapkan dengan adanya program pembelajaran secara digital ini dapat membantu penduduk sekitar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali